Rabu, 4 Disember 2013

Kenangan Bercuti Di Ho Chi Minh City, Vietnam

Danish di Cu Chi Tunnel
Bergambar kenangan bersama kumpulan folks 'Tai Tu Music'
Sampan Ride di Ben Tre Canal
Salam,

Pada kali ini, saya ingin mencoretkan percutian saya dan keluarga di Ho Chi Minh City. Telah banyak diperkatakan orang tentang bandaraya ini, terutamanya sebagai tempat membeli belah barangan berkualiti dengan harga yang murah dan kopi Vietnam yang lazat.

Saya dan isteri belum pernah ke Ho Chi Minh City dan teruja untuk bercuti ke sana. Peluang itu tiba pada bulan March 2013 yang lalu. Maka kami empat beranak pun berlepas dengan Air Asia. Penerbangan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa dua jam sahaja. Kami tidak menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, hanya berpandu kepada maklumat berguna dari rakan-rakan blog yang berkongsi pengalaman mereka.

Alhamdulillah, percutian kami di sana mudah dan memuaskan, pertamanya, tempat makanan halal banyak, pelancong Malaysia pun ramai dan taklah rasa bimbang berada di sini, tambahan pula orang-orang Melayu Champa ramai yang berniaga di sini. Berkomunikasi dengan orang-orang tempatan pun mudah juga kerana mereka yang saya temui boleh berbahasa Inggeris asas.

Banyak tempat yang kami lawati, Cho Ben Than Market amat popular di kalangan pelancong Malaysia. 'shopping di sini boleh lupa ingatan' kata seorang makcik yang saya temui. Di sini makanan halal amat mudah seperti di Serai Malaysian Retaurant, Kampung Melayu Restoran, Restoran Halal Saigon dll.

Di Ho Chi Minh City banyak tempat yang boleh dikunjungi, selama 5 hari kami di sana, banyak tempat yang dapat kami lawati, seperti Saigon Central Post Office yang berusia lebih seratus tahun, Cathedrale Notre-Dame De Saigon, gereja yang cantik senibinanya, War Remnants Museum, peninggalan perang US-Vietnam, Jamia Than Duong Mosque dan banyak lagi.

Anak-anak kami nampaknya lebih teruja menyusuri Mekong Delta terutamanya aktiviti bersampan di Tan Thach Canal in Ben Tre yang menyusuri sungai-sungai kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa laut. Disamping singgah di Tortoise Island untuk melawat orchard and fruit garden, coconut candy workshop serta melihat persembahan musik vietnamese folk songs yang dikenali sebagai Tai Tu Music.

Sedikit tip untuk teman-teman yang ingin melancong ke Ho Chi Minh City tanpa menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan. Pertamanya, buat penyelidikan dan persediaan perjalanan yang rapi, contohnya: maklumat yang boleh didapati di blog dan facebook, maklumat hotel penginapan, alamat dan gambar hotel, perkhidmatan bas, teksi dan kereta sewa berpemandu yang betul, peta tempat-tempat kunjungan, dapatkan alamat dan nombor Malaysian Embassy. Apa yang penting, bila tiba di sana, cari masjid dahulu untuk mendapatkan maklumat tentang kemudahan muslimin dengan para jemaah di sana. Manakala membeli belah menggunakan US dollar lebih mudah berbanding Duong.

Banyak yang boleh dicoretkan di sini, saya rasa memadailah dengan sedikit makluman buat teman-teman yang ingin ke sana.

Wassalam.

2 ulasan:

Atira berkata...

tahniah sbb berjaya bawak anak kecil ke sana..saya pun bercadang nk bawak anak2 ke sana tapi belum dapat kekuatan lagi.hihihi...

najwa berkata...

Jom ke HCM – Dalat – Mui Ne 2020!!!!!! Hanya RM1500/pax termasuk flight + transport + hotel + meal + entrance fee + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking. Promosi tamat pada 31/12/19. Untuk full itinerary boleh ws 018-9581995 atau email najwaakutravel@gmail.com.