Isnin, 5 November 2012

Mandi-Manda Di Kaki Gunung Ledang

Tempat perkelahan di kaki Gunung Ledang
Danish bersama kakak-kakak dan abang sepupunya
Seorang lagi anak saudara saya
Salam,

Saya jarang dapat beriadah bersama anak-anak saudara saya. Batasan waktu dan saling berjauhan menjarakkan kami untuk menjalinkan silaturrahim yang lebih mesra dan erat. Namun, pada hari minggu baru-baru ini kami berkesempatan untuk berkumpul dan berpakat untuk mandi-manda di air terjun Gunung Ledang Resort. 

Perkelahan itu tidak dirancang, cuma dicadangkan secara sepontan oleh seorang anak saudara saya. Kesemua anak-anak saudara saya yang berkumpul pada hari tersebut, seramai 9 orang semuanya lantas saja bersetuju, Saya merasa kagum dengan persepakatan itu, walaupun ada diantara kami sudah mempunyai rancangan lain, tetapi atas rasa kasih dan kekeluargaan, kami semua bersetuju untuk membatalkan rancangan lain untuk dapat berkelah bersama-sama.

Apa yang menyeronokkan saya ialah sesuatu yang kita lakukan secara sepontan itu kadangkala mendatangkan suasana mengujakan 'fun and humorous'. Mana taknya, anak-anak saudara yang kecil tak sabar-sabar untuk ke tempat perkelahan, kakak-kakak mereka pula bergegas untuk menyediakan bekalan makanan dan minuman. Manakala abang-abang mereka terkejar-kejar ke kedai mencari bahan-bahan bekalan seperti ice cubes, canned drinks serta peralatan perkelahan. Kecoh dan riuh rendah jadinya! Alahai anak-anak buahku.

Wassalam.

Jumaat, 2 November 2012

Dhiya Elmyra : Kasih Yang Tak Pernah Kehilangan Erti


Adik
Setahun sudah umurmu
Namun kasih papa tak pernah kehilangan erti
Kau kurniaan indah anugerah Ilahi

Adik
Kau adalah tautan cinta papa dan mama
Kerna itu Adik kami berikan nama Dhiya Elmyra atau Sinaran Sang Puteri

Tuhan
Limpahi anakku dalam rahmat dan kasihMu
Bimbingi anakku kejalanMu
Penuhkan hatinya dengan kemuliaan budi agar hidupnya penuh bererti
Berikan dia kebesaran jiwa agar menjadikannya lebih bermakna