Rabu, 2 November 2011

Sarina, Sahabat Yang Hebat

(Sarina@ tahun 2011)
Salam,

Kelmarin, saya dan rakan-rakan meraikan seorang sahabat kami yang akan berhijrah ke daerah baru, beranjak untuk meningkatkan keupayaan diri, melangkah untuk menabur bakti di gelanggang yang lebih mencabar. Ia satu tekad dan pembaruan diri yang 'continuous' bagi membina masa depan kerjayanya.

Sarina, seorang sahabat dan pekerja yang hebat, kerana itulah saya rasa perlu untuk mencatatkan wanita ini di laman ini. Dia seperti wanita -wanita melayu lain, cantik, bersopan santun, lemah lembut dan tekun bekerja. Saya kagum dengan personalitinya, bak kata orang tua-tua:-
Bercakap lurus berkata benar
Pantang sekali berlaku kasar
Ramah kepada kecil dan besar
Pantang memilih membezakan orang
Salah ditimbang baik dibalas
Di muka terang di belakang jelas

Sebagai pekerja, sahabat saya ini memiliki keupayaan membentuk arah, mengungkap ide dan dapat diajak untuk berkomunikasi, mampu memberi motivasi dan semangat kepada rakan kerja yang lain. Dijalur inilah, saya yakin Sarina akan terus berjaya dan melangkah maju dalam setiap pekerjaan, azam dan iltizamnya.

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang jua

Semoga Sarina dan keluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih Allah SWT.

Wasalam.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Bila memandang ke muka laut Nampak sampan mudik ke hulu. Bila terkenang mulut menyebut. Budi yang baik ingat selalu

ME berkata...

Semoga di luar sini beliau lebih terserlah ..