Salam,
Semalam saya dan Isteri menyertai teman-teman ahli 'Rimau Bikerz Club' ke Majlis Berbuka Puasa bersama anak yatim dan pelajar Tahfiz al-Walid, Pusat Jagaan Fatimah Yaakub.
Pusat ini terletak di Bukit Beruntung Selangor dan diasaskan oleh Puan Hajjah Fatimah Yaakub atau lebih mesra dipanggil Mak Ngah. Pusat ini menempatkan seramai 130 anak-anak yatim dan pelajar-pelajar tahfiz.
Saya berasa teruja setiap kali menyertai program kelab riders ini, kerana selain minat mereka dengan aktiviti kembara bermotosikal di dalam dan luar negara, mereka amat perihatin terhadap kebajikan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Memang tepat sekali motto kelab ini 'Menunggang dan Berbakti'
Presidennya memberitahu saya 'meyantuni anak-anak yang kurang bernasib baik boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, kerana disamping kita beramal dan bersedekah, kita dapat menunjukkan keperihatinan kepada anak-anak yatim yang dahagakan kasih sayang' .
Sehari mendekati anak-anak di pusat jagaan Mak Ngah, Isteri saya kelihatan tersentuh apabila mendengar kisah hidup anak-anak ini sebelum mereka bertemu dengani Mak Ngah. Kata Isteri saya 'kegembiraan yang kita berikan hari ini hanya sementara, selepas kita pulang, jiwa mereka kembali kosong. Mereka mahukan kasih sayang, sokongan dan tempat mengadu' Memang benar, sejak kecil lagi anak-anak ini terpaksa hidup berdikari hanya bersama-sama rakan senasib tanpa ada ibu dan bapa kandung yang dapat membimbing, memperduli serta mencurahkan kasih sayang.
Semoga ada teman-teman di luar sana turut dapat berbakti kepada pusat jagaan Mak Ngah, supaya anak-anak jagaannya itu dapat merasa dikasihi. Lagipun saya dapat merasakan kemampuan Mak Ngah untuk membiayai dan menampung perbelanjaan pusat ini agak terbatas. Namun keperluan untuk memelihara dan mendidik para penghuni di pusatnya harus dilaksana dan diteruskan.
Apa-apapun saya dan Isteri tidak akan terhenti di sini, tetapi akan terus menjalinkan silaturrahim bersama Mak Ngah dan anak-anak di pusat ini.
Wasalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan