Salam,
Pada 29 Mei 2014 yang lalu, sekumpulan 7 orang pelajar baru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendakwa di 'ragging' oleh pelajar senior sehingga menjatuhkan maruah mereka dengan melakukan perkara yang tidak senonoh di asrama universiti. Tidak tahan dengan tindakan keji pelajar senior itu, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Serdang.
Budaya 'ragging' dikalangan pelajar penghuni kampus adalah satu ikutan budaya luar yang nyata tidak sesuai dengan tata susila masyarakat Malaysia. Amalan 'ragging' paling kuat diamalkan di negara seperti India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Malah istilah 'ragging' ini juga dikatakan berasal dari kawasan sana.
'Ragging' bermaksud "Penderaan atau Perpeloncoan" mengikut Kamus Dewan. Dalam konteks pelajar, bolehlah dikatakan sebagai membuli rakan pelajar yang lain.
Semasa saya belajar dan tinggal di asrama dahulu, saya juga pernah di 'ragging' oleh pelajar senior. Ia satu kejutan budaya kepada saya, maklum sajalah saya ni anak muda dari kampung yang baru ingin mengenal dunia serta pertama kali berjauhan dengan keluarga. Perasaan saya ketika di 'ragging' malu ada, marah ada, takut pun ada dan rasa nak saja pulang ke kampong semula. Hilang rasa hormat saya kepada pelajar-pelajar senior itu.
Semasa saya belajar dan tinggal di asrama dahulu, saya juga pernah di 'ragging' oleh pelajar senior. Ia satu kejutan budaya kepada saya, maklum sajalah saya ni anak muda dari kampung yang baru ingin mengenal dunia serta pertama kali berjauhan dengan keluarga. Perasaan saya ketika di 'ragging' malu ada, marah ada, takut pun ada dan rasa nak saja pulang ke kampong semula. Hilang rasa hormat saya kepada pelajar-pelajar senior itu.
Seorang pelajar senior berkata, ini bukan buli tetapi upacara mendidik 'freshies' supaya tahu menghormati kedudukan dan tahu sempadan senior-junior dalam kehidupan di asrama. Manakala, seorang pensyarah memberitahu saya, budaya 'ragging' ini bertujuan baik untuk membentuk pelajar baru yang kental dan tahan lasak.
Hati saya berkata, apalah baiknya perlakuan yang tidak bertamadun itu, dan apa seronoknya melihat kesusahan orang lain. Kalau beginilah pandangan seorang pensyarah kepada perkara yang tidak betul, maka bagaimana tenaga pendidik ini boleh melahirkan pelajar berilmu sedangkan perlakuan tercela seperti 'ragging' yang tidak beradab itu dianggap baik.
Bagi saya, pelajar senior seharusnya menjadi pembimbing kepada 'freshies' yang baru ingin mengenal dunia, menasihati dalam mengurus hidup berdikari dan menjadi pelindung kepada rakan baru mereka. Manakala pihak universiti harus lebih keras menangani gejala buruk ini, bukan sekadar mengadakan minggu suai kenal dan aktiviti pelengkap program semata, atau sesi bermaaf-maafan dah boleh menutup isu 'ragging' keterlaluan. Undang-undang dan hukuman tentang 'ragging' sewajarnya lebih menakutkan 'sometimes we have to be cruel in order to be kind'
Rasulullah SAW ada mengingatkan kita 'Mengapa kalian tertawa kerana kentut seseorang diantara kalian? Apa gunanya kita berseronok dengan membuat orang lain malu dan sakit.
Saya sekadar memberi pendapat, mungkin berguna.
Wasalam.
Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan