Salam,
Wah! hebat Pakcik ini. Saya rasa bertuah mendapat tips perniagaan sebegini, amat relevan dan harus menjadi contoh kepada peniaga yang lain. Pertamanya, Pakcik ini menjaga kualiti produknya secara konsisten, dengan memastikan rasa produknya itu sedap dan tidak berubah pada setiap kali dia berjualan. Kedua, beliau amat berdisiplin tentang menjaga kebersihan produknya, samada semasa membuatnya atau semasa berjualan. Ketiga, dia mempunyai strategi hubungan pelanggan yang baik, ramah dan mesra serta sentiasa tersenyum ketika melayani pelanggan. Keempat, menghadiahkan kembali sedikit keuntungannya kepada pelanggan. Kelima, beliau mahu segala usaha dan perniagaannya mendapat keberkatan Allah SWT.
Diakhir perbualan kami, saya sempat berjenaka dengannya. Kalau di Kuala Lumpur sana, saya terpaksa membayar untuk mendapat ilmu jualan ini dalam seminar atau bengkel usahawan, tetapi pada hari ini Pakcik memberikan saya ilmu yang amat berguna secara percuma.
Kesimpulannya, saya kagum dan sangat hormat dengan peniaga Melayu yang berpekerti tinggi seperti Pakcik penjual tapai ini.
Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan