Salam,
Saudara pembaca. Apakah benar tahap disiplin dan kesungguhan pekerja Melayu rendah berbanding pekerja bukan Melayu?
Seorang Ketua Pegawai Eksekutif Melayu yang pernah saya temui ada berkata bahawa pekerja Melayu suka ambil cuti sakit, masa minumnya lebih lama dari masa bekerja, ada yang tidak datang kerja hanya kerana hujan, datang lambat balik awal. Manakala seorang Presiden sebuah syarikat, yang juga seorang Melayu pula berkata bahawa beliau tidak suka mengambil pekerja Melayu kerana tak pandai kerja, lagipun orang Melayu kerja suka main-main.
Saya merenung jauh dengan penuh hiba kenyataan sebegitu. Apatah lagi jika datangnya dari ketua-ketua syarikat berbangsa Melayu. Ia sudah tentu memberikan kesan kepada pasaran pekerja Melayu. Akan tetapi, saya pernah bekerja dengan syarikat milik usahawan India dan sebuah syarikat yang majoriti pekerjanya dari kaum Cina. Saya juga pernah bekerja dengan sebuah syarikat antarabangsa Amerika. Syarikat-syarikat ini mempunyai sebilangan pekerja berbangsa Melayu, tetapi saya tidak pernah pula mendengar rungutan mereka tentang masalah disiplin para pekerja Melayu.
Jadi, dimanakah timbulnya masalah disiplin pekerja Melayu ini? Apakah itu memang satu tabiat pekerja berbangsa Melayu? atau adakah orang Melayu memang suka melawan peraturan dan tidak suka mematuhi tata tertib? atau sememangnya Melayu sukar dibentuk walaupun dididik dan dilatih?
Saya tidak menafikan bahawa masalah disiplin memang ada dikalangan pekerja Melayu, tetapi ia juga ada di kalangan pekerja bukan Melayu. Malah, sikap negatif ini wujud pada semua bangsa di dunia. Sikap, disiplin dan kualiti kerja terletak pada diri individu dan tidak boleh dilabelkan pada suatu golongan masyarakat.
Bagi saya, mereka yang menggambarkan pekerja Melayu tidak bersungguh dan tidak berdisiplin datangnya dari pengamatan dangkal dan prejudis terhadap keupayaan anak bangsa Melayu. Tahap kesungguhan dan disiplin pekerja Melayu sama seperti pekerja berbangsa lain:-
- Pekerja Melayu memiliki sifat untuk berdiri setanding dengan pekerja-pekerja bukan Melayu dan mampu berusaha gigih untuk bersaing dengan bangsa lain.
- Pekerja Melayu mempunyai daya kreatif dan inovatif yang sama dengan pekerja bukan Melayu.
- Pekerja Melayu juga punya azam dan iltizam untuk memperbaiki kehidupan dan maju kehadapan seperti pekerja kaum lain.
Saya menyeru supaya janganlah kita turut terpengaruh kepada dakyah untuk memperkecilkan keupayaan para pekerja Melayu. Sebagai usahawan mahupun ketua syarikat, renunglah kembali kepada cara anda mentadbir syarikat anda. Bagaimanakah cara anda mengurus pekerja "people management"'.
Saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman saya ketika bekerja di sebuah syarikat hartanah pada awal 90'an. Ia sangat menakjubkan, bagaimana Pengarah Urusannya menggerakkan para pekerjanya untuk membangunkan sebuah syarikat kecil menjadi gergasi dalam tempoh masa 4 tahun. Beliau sangat menghargai para pekerja sebagai aset no.1, menjaga kebajikan para pekerja sebagai keluarga, memberi para pekerja peluang untuk menyatakan pendapat mereka. Sebagai balasannya, para pekerja bekerja dengan bersungguh dan mengabdikan diri mereka demi kemajuan syarikat. Beliau berjaya melahirkan semangat cintakan syarikat dan mencapainya dalam tempoh masa yang pendek. Memang benar kata orang-orang tua manusia sanggup berkorban apa saja bila dah cinta. Fikirkanlah!
Akhirnya, harapan saya adalah kewibawaan bangsa Melayu dapat dikekalkan ditahap yang dihormati dan disegani di mata dunia sebagai bangsa yang progresif lagi dinamik
Wasalam.

1 ulasan:
Sayang setuju pendapat ABANG :)
Catat Ulasan