Isteri, Elmyra, Emak dan Bapa
Salam,
Secara fitrahnya, ibubapa dan anak-anak saling mengasihi dan memerlukan, serta menginginkan hubungan yang erat. Bersama-sama menikmati masa berkualiti dengan berbual, beriadah dan bercuti bersama. Keakraban seperti itu menimbulkan rasa bahagia ibubapa dan anak-anak.
Suasana seperti itulah yang menjadi kerinduan Isteri saya. Memang, suatu ketika dahulu saya dan Isteri punya luang masa untuk bersama kedua ibubapa kami untuk shopping dan melancong. Namun, kesibukan jadual kerja agak menyukarkan amalan seperti itu kami teruskan sejak setahun lalu.
'Itu satu kerugian' tegas Isteri saya 'kita perlu ada masa mencukupi untuk orang tua dan tidak boleh terpisah dalam dunia sendiri' sambungnya. 'Walau sesibuk mana dan sejauh mana dari ibubapa, kita perlu cari masa untuk mereka' katanya lagi.

Lalu kami bersefakat untuk meluangkañ masa walaupun sekejab jua untuk bersama orang tua kami. Setidak-tidaknya dapat juga kami mengetahui keperluan dan kesejahteraan mereka. Kata seorang teman, masa yang elok untuk memupuk keakraban ialah dengan makan bersama, kerana waktu itulah mendatangkan keseronokan dan ketenangan untuk berinteraksi bersama ibubapa. Jadinya, pada awal Ogos lalu kami membawa ibubapa kami makan malam masakan Arab Yemen di Tanjung Agas.
'It's a private dinner' hanya saya, Isteri dan anak-anak kami bersama ibubapa sahaja. Memang benarlah kata teman saya tu, makan bersama mendatangkan kesan positif kepada hubungan keluarga. Pertamanya, didepan rezeki kita orang Melayu punyai adab dan santunnya. Keduanya, perbualan semasa makanpun ada adab dan kesopanannya. Saya dapat melihat kegembiraan diwajah kedua orang tua kami dan selera makan merekapun baik.
Saya sekadar berkongsi benda baik ni. Mungkin berguna.
Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan