Ahad, 28 Jun 2009

Mengenal Seorang Sahabat








Salam,

Apakah seseorang yang sering mendampingi anda, memiliki persamaan dan berkongsi kegemaran itu boleh dianggap sebagai seorang sahabat baik anda? Jawapannya belum tentu, anda akan hanya dapat menilai dan menganggap seseorang itu sebagai sahabat baik apabila anda diuji dengan kesukaran.

Saya ingin berkongsi bersama para pembaca satu pengalaman yang menyedarkan saya tentang nilai orang-orang yang rapat di sekeliling saya yang selama ini saya anggap sebagai sahabat-sahabat baik saya.

Sebelum ini saya mengakui memiliki ramai sahabat. Bagi saya, seorang sahabat adalah teman yang saya merasa selesa bila berjumpa, berbagi pengalaman, punya persamaan dan kesukaan. Orang-orang yang dapat saya undang ke rumah. Orang-orang yang saya kasihi dan percayai.

Maka datang petunjuk Tuhan. Saya diuji dengan satu kepayahan yang mencabar kekuatan mental dan integriti diri. Diketika itu saya memerlukan sahabat yang sudi menemani di saat kesukaran, sahabat yang menghiburkan ketika duka, sahabat yang memiliki hati untuk mahu menolong saya. Baru saya sedar rupanya saya mempunyai dua golongan sahabat, satu golongan menjauhkan diri ketika susah dan satu lagi bangun untuk membela saya.

Kini saya berpendapat ada satu perbezaan antara menjadi seorang kenalan dan menjadi seorang sahabat. Seorang sahabat menemani kita dalam suka dan duka. Sahabat yang baik tidak hanya menemani kita disaat senang saja tetapi memiliki hati yang sudi merasakan beban yang kita tanggung dan mahu menolong kita dalam kesukaran, tidak hanya menerima kelebihan tetapi juga mahu menerima kekurangan kita dan menuntun kita kearah yang positif.

Saya bertuah mempunyai beberapa orang sahabat yang datang memberi semangat disaat saya lemah, merawati duka di hati dan menemani saya dalam kesulitan. Mereka membuat saya tenang pada saat saya merasakan seperti seluruh alam menentang saya. Mereka bagai kekasih yang setia mengasihi saya walauapapun yang terjadi. Mereka berdoa untuk saya dan menginginkan yang terbaik buat saya.

Terima kasih para sahabat sejatiku!

Wassalam.

2 ulasan:

ME berkata...

MR,
My entry special for you
http://lifebeginsat-40.blogspot.com/2009/07/salamapakah-seseorang-yang-sering.html

Putri Bestari berkata...

Dear Abang Mat,
Sorry, dah lama tak visit.
Memangla, kawan ketawa tak payah dicari, dia datang menderu2 bak pasir di tepi pantai.Sahabat sejati payah dicari, bagai permata di antara pepasir itu.

Putri doakan Abang selalu kuat dan tabah. Terimalah apa sahaja dugaan dengan redha dan penuh kesyukuran
dan bersabarlah keran itulah yang sebaik-baiknya.

Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kehidupan Abang dan keluarga.